Ek lan!

Thursday, January 12, 2012

lecturer datang (Unpost since April 2010)

hahaha.. akhirnya datang gak Pn. Yusrina. tapi mmg saya nak mintak maaf kat puan la tadi. sbb dapat bawak puan masuk kat kantin je. dah tue bayak lalat lak. sian beb. mmg sian. harap puan puas hati lah ngan ape yg saye boleh bagitau puan tue. saya sebenarnya bukan bagus pon kat cni. nampak je cam tau byk. tapi sebenarnya kosong. huuu~ adeke patut aku bgtau de takde sape yg nak iring? mmg pon. SV takde. pastue yg laen pon ade department meeting. mmg ah ssh. huhuhu~ yg laen pon cam kecewe gak sbb aku tak bwk lecturer masuk jumpe dengan orang lain. maaf seemua. niat saya mmg tidak mahu menyusahkan anda semua. nak buat camne? bende dah telepas. mmg maaf 10000ppm. donno how 2 say bout it anymore. dah lepas lepaskan. get what is up ahead now.

ok skang cite hoki lak. tetibe je takdi dapat mesej bulu.
oi! 15 nie free x?
peh nyirap gak wa dengar. ye la sbb de bulu kan?
mmg la bebulu skit.


kenape?

oh budak2 smakap ajak ex-smakap lawan kat semban due.

ok wa set. tadehal. hahaha.

bernai aku cakap camtue? aritu maen ngan orang tue pon tak lepas. nie nak maen ngan budak yg tengah bersemangat kental gile kentang? ssh gak jep. harap kat budak2 yg selalu maen yo la. amir ngan zarip ngan apen. huh. selamatlah anda semua. den tgk bola yo nnt sambil bongkok atau cekak pinggang.

skang ado 2 minggu yo laei sobolom abeh prektikel. huh rase cam dah keje pon ado. tapi tak tau nape. dulu rase sangat teruja nak kerja. tapi skang mood nye ilang. huhuhu~ Allah please help me gain back my life. really found that my life is decreasing now. huhu~ berperasaan la..

teruk dol aku cni. bukan buat apo pon. umah cik syed tak pegi. umah cik ramli tak pegi. umah yan? dekat tak sampai 10 km pon tak pegi? syaitan ape la yg telah membendung dan bertapak dalam diri aku nie. Ya Allah halaulah dan lindungilah aku dari hasutan syaitan tersebut. ataupon itu adalah nafsu? atau pon mmg pemikiran hamba yg tersangatlah zalim dan do'if ini.

report oh report. kecek banyak. tapi report tak buat. sodeh tol. ape nak jadi ngan orang suke bertangguh nie. camnie ah jawap eh. ado yo bondo laei yg nak dibuat bagi buang maso. torutamoeh cam bondo2 nie ah. syaitan itu mmg syaitan. nafsu itu mmglah nafsu. tapi harap akal aku adalah berfikir berdasarkan iman. amin~

ok2. beselah nie. badan letih2 skit suda. pening pon ado. baru sekejap dengaq ayat al-quran. mgkin syaitan dlm otakku teseksa dan mahu keluar drpd aku. harap2 begitu. inshallah.
walaupon secara azalinya tak. tapi rohaninya iyya.

Updating the FRIM news


ARKIB : 11/07/2011

Melancong ke FRIM

DR. Abdul Latif Mohmod memilih baju-T di pada program Car Boot Sales sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat FRIM 2011 Kepong baru-baru ini.


KEHIJAUAN taman hutan seluas hampir 486 hektar itu pasti meninggalkan kesan mendalam kepada pengunjung pertama kali terutama golongan pekerja yang sering terperangkap dengan kesibukan ibu kota.
Ia mudah dilawati lantaran kedudukannya yang cukup hampir dengan ibu kota malah terletak di antara dua laluan utama Kuala Lumpur utara iaitu Jalan Ipoh dan laluan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Kawasan bekas lombong itu berubah menjadi pusat penyelidikan perhutanan sejak tahun 1929 dan kini merupakan antara santuari tumbuhan hidup tertua dan terpenting dunia.
Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abdul Latif Mohmod berkata, FRIM kini memiliki sekitar 15 juta batang pokok daripada 2,500 spesies yang berlainan dan melindungi kira-kira 100 spesies tumbuhan terancam.
Koleksi jutaan batang pokok itu disimpan dalam bentuk pokok hidup atau Arboretum yang menjadi ciri utama membentuk suasana damai FRIM, yang berperanan untuk kajian sains, pemeliharaan sumber genetik serta pameran.
Institut itu mempunyai enam arboreta yang berbeza bergantung kepada kumpulan pokok termasuk Dipterokarp yang ditanam sejak 1939.
Arboreta paling awal ialah non-dipterokarp yang ditanam sejak 1929, manakala arborata yang lain ialah Koniferatum (1949), arboreta buah-buahan (1979), arboreta Monokot (1981) dan Bambusetum (1994).
Sesuai dengan status destinasi pelancongan dan pendidikan alam utama negara, taman hutan dan air terjun FRIM sering menjadi lokasi pilihan aktiviti riadah seperti joging dan berbasikal malah hari keluarga dan kem sekolah.
Malahan FRIM juga amat popular sebagai lokasi pilihan sesi fotografi pasangan bakal berkahwin.
Lain-lain kemudahan termasuk muzium dan galeri, pusat pendidikan alam, tapak perkhemahan dengan kemudahan lengkap dan cawangan restoran 'Tu Dia Pak Tam' yang sangat popular di Selayang.
Pada awal 2008, satu laluan unik sepanjang 400 meter bertemakan Kekayaan Diversiti Tumbuhan Paras Bawah Malaysia (Rich diversity of Malaysian under-storey plants) telah dilancarkan di kawasan Taman Botani Kepong FRIM. Menariknya laluan yang dinamakan Denai Razak itu adalah satu-satunya denai pendidikan alam mesra OKU di Malaysia.
Koleksi unik itu menempatkan sekitar 9,200 tumbuhan renek dan herba tempatan seperti halia, buluh, orkid dan sebagainya yang dikutip dari habitat asal dan ditanam secara sistematik untuk konservasi ex-situ.
Laluan Denai Alam Salleh yang lebih kecil pula menonjolkan sejarah FRIM serta membolehkan pelawat membezakan hutan ladang daripada hutan semula jadi.
Denai Engkabang pula ialah tanah lembab yang diliputi lalang, belukar dan hutan sekunder.
Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesies fauna yang tinggi terutama burung ekoran dikelilingi hutan ladang dan arboreta buah-buahan menjadikannya popular dalam kalangan pemerhati burung.
Jika anda gemar bangun pagi seawal subuh untuk bersenam, Trek Rover yang menawarkan trek larian kira-kira 3.5 kilometer pasti sangat sesuai untuk anda.
Pelari yang bermula dari Masjid Jamek FRIM akan melintasi kawasan air terjun, tapak perkelahan Sungai Kroh, merentasi titian kanopi setinggi 30 meter dan berakhir di tapak perkhemahan Kem Perah.
Denai Sebasah bukan sahaja menonjolkan cara adaptasi unik pelbagai spesies tumbuhan terhadap keadaan basah, malah menampilkan beberapa ekosistem terkaya negara dan popular dengan kehadiran burung migrasi.
Pelawat FRIM masih berpeluang menyaksikan keunikan gaya senibina yang sama. Meskipun tidak sebesar Rumah Pak Ali yang dibina dengan 40 tiang, Rumah Terengganu FRIM dibina sepenuhnya dengan kayu cengal tanpa menggunakan paku.
Bertemakan 'Hutan Untuk Anda' sekitar 400 orang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Larian Eco Fun, pertandingan mewarna, teroka denai berjuru pandu, sesi bercerita dan jualan but kereta.
Empat hari sebelum itu, FRIM selaku pengerusi Jawatankuasa Teknikal Mengenai R&D (JTRD), program Penanaman Bakau dan Spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara, menjadi tuan rumah seminar kebangsaan Projek Penyelidikan Bagi Hutan Pesisiran Pantai di Malaysia, di Kepong.
Lokasi R&D FRIM yang lain termasuk Stesen Penyelidikan Pasoh di Negeri Sembilan yang memberi tumpuan kepada aspek peranan hutan untuk mitigasi perubahan cuaca serta aspek pendidikan awam yang berkaitan.

Utusan Malaysia Online - Sains & Teknologi

Utusan Malaysia Online - Sains & Teknologi


ARKIB : 31/10/2011

FRIM hasilkan biodiesel


Nancy Shukri menuang biodiesel B5 ke dalam tangki kenderaan sambil diperhatikan oleh Dr. Abdul Latif Mohmod (tengah) dan Dr. Wan Asma Wan Ibrahim (kiri) di Kepong baru-baru ini.


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) baru-baru ini berjaya menghasilkan biodiesel daripada sumber-sumber alternatif yang bukan berasaskan makanan seperti minyak jarak pagar (Jatropha curcas), bintangor laut (Callophylum innophylum L.), perah (Elateriospermum tapos) serta bahan buangan industri (industry effluents).
Kenyataan oleh FRIM menyebut, walaupun Malaysia sangat berpotensi untuk menjadi pengeluar utama biodiesel dunia memandangkan ia adalah pengeluar utama minyak sawit, biofuel yang dijana dari sumber makanan seperti tebu, jagung, minyak rapeseed dan sawit telah menjadi kritikan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
''Justeru, sumber baru telah giat diterokai serata dunia bagi memperolehi bahan api bio generasi kedua yang tidak memberi saingan kepada sumber makanan,'' kata kenyataan itu.
FRIM telah mula menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menjurus kepada pencarian alternatif kepada minyak sawit sebagai sumber penghasilan biodiesel yang tidak berasaskan makanan sejak 2008.
Pemindahan teknologi penghasilan biodiesel multi feedstock itu telah dilakukan oleh saintis FRIM dengan Xtract Tech Sdn. Bhd., iaitu sebuah anak syarikat projek yang ditubuhkan di bawah program latihan usahawan pasca siswazah (FMBiosis) yang disokong oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).
Ini telah membawa kepada penubuhan loji perintis di FRIM pada bulan Disember tahun lalu yang mempunyai kapasiti pengeluaran biodiesel kira-kira 20,000 liter sebulan.
Biodiesel multi feedstock sehingga adunan B20 telah digunakan secara percubaan oleh kenderaan FRIM dan ia telah menunjukkan prestasi enjin yang memberangsangkan.
Selain itu, ia juga telah memenuhi spesifikasi minimum biodiesel piawaian ASTM D6751-11.
Menurut Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd Latif Mohmod, pelan jangka pendek di peringkat FRIM ialah menggunakan biodiesel adunan B5 untuk kenderaan berenjin diesel.
"Dianggarkan 120,000 liter adunan biodiesel B5 akan digunakan dalam setahun di FRIM.
"Ini akan menyumbang kepada penjimatan hampir 6,000 liter diesel fosil setahun dan pengurangan kadar pembebasan gas karbon dioksida (CO2) sebanyak empat peratus atau 16,000 tan CO2 setahun," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada majlis pelancaran penggunaan biodiesel Peringkat FRIM di Kepong baru-baru ini
Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB), Nancy Shukri. Turut hadir Pengurus Xtract Tech Sdn. Bhd. Mohamammad Edziani Rosali.
Abd Latif berkata, FRIM juga telah mula menanam jarak pagar secara percubaan di kawasan tanah bermasalah seperti bris di Stesen Penyelidikan Luar Setiu, Terengganu, untuk memajukan kawasan berpotensi dibangunkan secara berskala besar.
"Spesies-spesies hutan lain juga akan diterokai dalam usaha membangunkan kawasan tanah bermasalah serta mewujudkan bekalan bahan mentah," ujarnya.
Penggunaan biodiesel itu ialah sebahagian daripada usaha FRIM untuk memenuhi hasrat kerajaan ke arah pemuliharaan alam sekitar, menerajui penyelidikan yang menyumbang kepada penyelesaian isu-isu perubahan iklim, pembangunan industri serta produk hijau, di samping mewujudkan kampus hijau.